Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Beri Peringatan Buat Isteri, – “Allah Benci Isteri Sebegini”

syamsul yusof

Oh! Artis

Syamsul Yusof Beri Peringatan Buat Isteri, – “Allah Benci Isteri Sebegini”

Masih tiada kesudahan nampaknya permasalahan rumah tangga antara Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

ADVERTISEMENT

Pada 18 April lalu, Syamsul juga memutuskan untuk membatalkan niat menceraikan Puteri Sarah sedangkan sebelum itu sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah. Tindakan Syamsul itu membuatkan Sarah berasa berang, lalu meluahkan segalanya di laman media sosial.

Syamsul Yusof tidak mendiamkan diri…

Tidak mendiamkan diri, pengarah sensasi ini pertahankan diri dengan mendakwa isterinya itu turut membuat kesalahan besar dan persoalkan cara Sarah menyelesaikan masalah rumah tangga mereka serta meminta wanita itu menerima takdir bahawa suami sudah berkahwin lagi satu.

Selain itu, Syamsul ada juga memuat naik klip pendek ceramah Ustazah Asma yang menegur kelakuan isteri yang sombong terhadap suami sendiri.

Konten ceramah tersebut seolah-olah mahu ‘menegur’ seseorang bahawa Allah SWT benci terhadap isteri yang tidak menghormati suami serta tidak tahu berterima kasih.

Sedia maklum, Puteri Sarah sekeras-kerasnya mahu bercerai dengan Syamsul Yusof kerana sudah tidak sehaluan dan tidak tahan dengan segala masalah yang diberikan oleh suami serta isteri kedua, Ira Kazar.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas