
Oh! Artis
Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Nikah Hari Ini, Tetamu Tak Dibenar Bawa Telefon Di Majlis Tertutup
Pasangan merpati dua sejoli, Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya disatukan hari ini. Majlis pernikahan dilakukan secara tertutup di kampung halaman Mimi terletak di Taiping, Perak.
Majlis itu khabarnya hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan sahabat rapat.
Mimi Lana dan Syafiq Kyle nikah petang ini – Sumber
Menurut sumber yang dipetik dari Harian Metro, bagi memastikan privasi terjaga, tetamu yang hadir difahamkan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, sekali gus mengelakkan sebarang kebocoran maklumat atau gambar majlis ke media sosial.
Saya dengar tetamu yang hadir tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kerana enggan pernikahan mereka mendapat perhatian.
Meninjau ke Instagram, Mimi Lana dilihat memuat naik gambar tangan bersama Syafiq Kyle dengan kapsyen emoji cincin dan hati.
Netizen ucap tahniah

Malah, ruangan komen perkongsian dipenuhi ucapan tahniah menguatkan lagi spekulasi mereka sudah bergelar suami isteri.
Terbaru, Syafiq telah memuat naik foto sekitar majlis tersebut. Mereka dilihat sedondon memakai pakaian pengantin serba putih. Alhamdulilah dan tahniah!
Untuk rekod, pasangan ini sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut dibatalkan tanpa sebarang penjelasan terperinci.
Walaupun perkahwinan itu tidak menjadi kenyataan ketika itu, Syafiq dan Mimi tetap mengekalkan hubungan baik dan masih mampu bekerjasama dalam projek lakonan yang sama.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
