Connect with us

Oh! Media

Kes Saman Puteri Sarah Dan Ira Kazar Selesai

saman puteri sarah

Oh! Artis

Kes Saman Puteri Sarah Dan Ira Kazar Selesai

Pelakon Puteri Sarah Liyana dan bekas madunya, Ira Kazar akhirnya mencapai kata damai apabila kes saman mereka termasuk dua ahli keluarga berhubung gangguan orang ketiga diselesaikan cara baik di luar mahkamah.

ADVERTISEMENT

BACA:“Serang Mak Mentua Aku Wey” – Puteri Sarah Nekad Saman Bukan Sebab Nak Rebut Suami, Tapi..

Memetik laporan Harian Metro, peguam pelakon itu iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, persetujuan antara mereka direkodkan di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani.

Kes Puteri Sarah dan Ira Kazar selesai

puteri sarah

Namun, peguam tak dapat menerangkan secara terperinci kerana ada perkara sulit untuk didedahkan. Apa-apa pun kedua-dua pihak bersetuju kes selesai cara baik.

Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah

Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip.

Terdahulu, Puteri Sarah menfailkan satu tindakan saman dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangganya dengan Syamsul Yusof.

Dedah ibu kepada dua anak itu, dia telah menderita secara mental dan berterusan diganggu orang ketiga selama empat tahun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas