Connect with us

Oh! Media

“Serang Mak Mentua Aku Wey” – Puteri Sarah Nekad Saman Bukan Sebab Nak Rebut Suami, Tapi..

Oh! Artis

“Serang Mak Mentua Aku Wey” – Puteri Sarah Nekad Saman Bukan Sebab Nak Rebut Suami, Tapi..

Di Instagram, pelakon Nad Zainal sempat bersiaran langsung mengulas mengenai watak penyondol iaitu Kirana yang dibawanya dalam Dendam Seorang Isteri.

ADVERTISEMENT

BACA: Neelofa Dakwa Sudah Lama Tahu Tentang ‘Penyondol’ Yang Menyerang Puteri Sarah

Meskipun melakonkan watak itu, Nad Zainal jelas tidak menyukai wanita yang merampas hak orang lain.

Terpalit dengan isu hangat kini, Puteri Sarah turut menyertai sesi live di Instagram Nad Zainal dan dia ditanya beberapa soalan panas (minit 17 hingga 24).

Menurut Puteri Sarah, dia mendiamkan diri empat tahun lepas kerana mahu menjaga aib suami dan keluarga. Tapi kini dia nekad ambil tindakan kerana tidak tahan diganggu secara emosi.

Aku buat sekarang bukan sebab nak rampas laki aku balik, tu 4 tahun dulu. Aku sekarang nak tuntut hak aku, untuk anak-anak aku.

Puteri Sarah turut memohon penonton sesi live itu mendoakan semoga kesnya dibicarakan di bawah kes jenayah kerana mengganggu rumah tangga orang.

Sepatutnya aku yang hentam dia, ganyang dia tapi aku diam. Engkau yang hentam aku macam aku ambil suami kau. Ini dah terbalik.

Pelakon ini sempat ditanya adakah dia menerima jika orang ketiga itu baik, tampil memohon maaf dan meminta izin untuk menjadi isteri kedua. Ini jawapan Puteri Sarah.

Kalau awal-awal dia buat macam tu..mungkin aku marah. Mungkin akan pertimbangkan. Tapi awal-awal kau dah buat macam-macam, serang mak mentua aku.

Selepas kena block dengan mak mentua aku, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda!

Beliau sempat berpesan kepada para lelaki supaya mencari bakal isteri yang baik-baik jika ingin berpoligami.

Kredit: Instagram Nad Zainal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas