Trending
Pernah Dianiaya, Ira Kazar Pilih Untuk Tidak Buka Aib
Ira Kazar pilih untuk tidak buka aib walaupun pernah dianiaya. Katanya, kepuasan itu hanya sementara tapi dosanya kekal selamanya.
Personaliti media sosial, Ira Kazar meluahkan pendiriannya untuk tidak membuka aib sesiapa meskipun dirinya pernah dianiaya dalam kehidupan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seoramg individu memuat naik satu video Ira berkata yang membuka aib bukanlah satu penyelesaian tetapi hanya akan mendatangkan penyesalan berpanjangan.
Kalau saya cerita, apa saya dapat? Kita kena jaga aib orang. Untuk apa kita nak buka? Untuk bersihkan nama dan nampak diri kita betul?
“Kepuasan itu sekejap, dosa sampai bila-bila” – Ira Kazar

Tambah Ira lagi, ramai yang suka membuka cerita peribadi demi mendapat simpati dan pengesahan (validation) daripada netizen, namun bagi dirinya ia tidak perlu.
Kepuasan hati itu sekejap je, tapi you akan tanggung dosa itu sampai bila-bila.
Kisah lalu bersama Syamsul Yusof

Untuk info, Ira Kazar pernah menjadi isteri kedua kepada Syamsul Yusof, pengarah dan pelakon terkenal tanah air. Mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 6 Januari 2023, ketika Syamsul masih suami kepada Puteri Sarah.
Walau bagaimanapun, rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2024.