Connect with us

Oh! Media

Suara Iras Agnes Monica, Tiz Zaqyah Bersedia Digelar Penyanyi?

tiz zaqyah

Oh! Artis

Suara Iras Agnes Monica, Tiz Zaqyah Bersedia Digelar Penyanyi?

Baru-baru ini, Tiz Zaqyah mendapat sambutan yang hangat menerusi video TikTok nyanyiannya yang dimuat naik di media sosial. Tiz mengakui sudah bersedia untuk digelar penyanyi dan mahu merakamkan single pertamanya jika ada pihak tertentu menghubunginya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Rupanya Ramai Selebriti Pernah Kena Covid Tapi Sorok, Kenapa?” – Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah binti Abdul Razak merupakan pelakon terkenal di Malaysia menerusi drama Nur Kasih. Tiz mendapat banyak pujian daripada peminat yang menonton video nyanyiannya itu.

Tawaran untuk menyanyi tak putus diterima

Menerusi video nyanyiannya “Bukan Aku Tak Cinta”, ramai memberi kata-kata yang positif dan ada juga yang mengatakan suaranya serak-serak basah iras dengan Agnes Monica, penyanyi terkenal Indonesia.

Menerusi laporan Harian Metro, video yang tular ini sebenarnya sudah dirakam ketika penggambaran drama Covid Oh Covid.

Ada babak menyanyi untuk kutipan tabung Covid-19 dalam drama ini. Kumpulan Genji Busker terbabit dalam drama ini. 

Ketika sedang rehat untuk ‘set up’ kamera, saya pun apa lagi terus ‘on’ mikrofon minta lagu dan menyanyi saja.

Memang geram tengok mikrofon. InsyaAllah, rezeki ada di mana-mana.

Tiz juga menyatakan bahawa banyak tawaran untuk menyanyi diterima sepanjang dia menjadi pelakon.

Alhamdulillah, selama menjadi pelakon, tawaran untuk menyanyi memang tak putus diterima. Namun biarlah ia menerusi lagu asli daripada saya sendiri.  

Saya tak nak menjadi penyanyi yang asyik menyanyikan lagu ‘cover’ orang lain sahaja. Untuk masa sekarang saya sudah pun terima tawaran untuk beberapa kolaborasi.

Selebriti tanah air ini bukan sahaja digemari cara lakonan dan nyanyiannya, namun ramai yang mengatakan bahawa pelakon cantik ini memiliki sifat peribadi yang baik, tidak sombong dan kurang ‘kontroversi’.

tiz zaqyah

Ada juga yang memberi pendapat lebih suka melihat Tiz menyanyi dari berlakon. Korang pula macam mana? Semoga dipermudahkan urusan Tiz dalam bidang lakonan dan nyanyian. Sejujurnya, Tiz ni memang seorang selebriti yang kurang kontroversi dan sentiasa positif, sebabtu ramai yang suka!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas