Oh! Artis
“Rupanya Ramai Selebriti Pernah Kena Covid Tapi Sorok, Kenapa?” – Tiz Zaqyah
Pelakon Tiz Zaqyah mempersoalkan tindakan segelintir selebriti yang menyorok kebenaran bahawa mereka pernah dijangkiti Covid-19.
BACA: “Lelaki Sah Pedophile Korang Sambut, Merebut Nak Tengok” – Tiz Zaqyah
Menerusi hantaran yang dibuat di Twitter, pelakon berumur 33 tahun ini turut menyelar individu yang masih ego, bongkak dan sanggup bergaduh mempertahankan kehendak tidak mahu divaksin termasuklah selebriti.
Mendidik dan menyebarkan kebenaran

Jelasnya, selebriti sepatutnya menggunakan pengaruh mereka memberi informasi dan kesedaran kepada umum. Dia hairan mengapa selebriti malu untuk mengakui mereka pernah positif Covid-9.
Netizen walau bagaimanapun kurang senang dengan kenyataan itu dan mempertahankan hak seseorang untuk merahsiakan sejarah jangkitan mereka.
Pelakon ini menjawab dia menghormati hak masing-masing namun sedikit rimas apabila hanya dia seorang disoal mengenai Covid-19 sedangkan selebriti lain juga pernah dijangkiti.


Dia juga mendakwa ada dalam kalangan rakan-rakannya yang masih mempertahankan diri untuk tidak mengambil vaksin dan bertindak menyakitkan hati.

Pelakon popular itu turut kesal apabila ada yang mendoakan penerima vaksin maut selepas dua tahun disuntik. Dia mengeluh mengatakan bahawa mereka semua ini hanya mementingkan diri.
Kredit: Twitter Tiz Zaqyah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM