Connect with us

Oh! Media

Suami Shila Amzah Berhenti Kerja, Balik Kampung Usahakan Kebun

Shilaamzah ubai ohmedia

Oh! Artis

Suami Shila Amzah Berhenti Kerja, Balik Kampung Usahakan Kebun

Ubai, suami kepada Shila Amzah memaklumkan dia kini sudah pun berhenti kerja daripada sebuah syarikat. Ubai atau nama sebenarnya, Ubaidillah Mohd Zulkefli juga sudah tidak terikat lagi dengan mana-mana stesen TV.

Keputusan itu diambilnya kerana ingin fokus kepada perniagaan baju dan turut akan menguruskan tanah miliknya yang terletak di Pahang.

Saya baru berhenti kerja dan kini mahu fokus pada perniagaan dan nak uruskan tanah di Pahang. Perniagaan itu adalah perniagaan baju yang kini sedang giat saya lakukan.

Kalau kebun itu pula, saya tanam durian jenis musang king, rambutan, cempedak. Insya-Allah seterusnya mahu tanam cili. Saiz kebun itu berukuran lebih kurang 3 hektar dan ada juga sebuah kabin di sana.

Ubai bagaimanapun tidak menolak sekiranya ada tawaran untuk berlakon atau sebagai talent. Terdahulu, Ubai ada membuat hantaran pengumuman di Instagram mengenai keputusannya untuk berhenti kerja di sebuah syarikat penyiaran setelah dua tahun berkhidmat.

IKLAN

Kredit: Ohbulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas