Oh! Artis
“Siapa Kata Jadi Artis Tak Boleh Berdakwah?” – Adam Corrie
Seperti yang diketahui umum, pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah bergiat aktif dalam menyebarkan dakwah islam selain turut kerap menyertai program-program berunsurkan islamik.
Setakat ini, dia sudah mengislamkan seramai 20 orang saudara baharu.
BACA: “Dapat Hidayah Lepas Dengar Azan” – Adam Corrie Islamkan 20 Saudara Baharu
Terbaru, Adam Corrie memberi respon kepada dakwaan mengatakan pelakon perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu juta pengikut di media sosial untuk berlakon.

Menurutnya, dia percaya dengan rezeki Allah SWT di bumi yang luas ini. Apa yang penting adalah usaha, doa dan tawakal sepenuhnya.

Dalam hantaran lain, dia berkata artis juga layak untuk berdakwah jika mahu. Sama ada melalui drama atau di luar set, artis mudah berdakwah hanya dengan menjaga batas dan iktilat.
Pelakon filem KL Gangster ini turut memberi gambaran artis sebagai gula yang diperlu disukat dengan baik agar tidak mengundang penyakit kelak.
Kredit: Adam Corrie
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM