Connect with us

Oh! Media

“Dapat Hidayah Lepas Dengar Azan” – Adam Corrie Islamkan 20 Saudara Baharu

Oh! Artis

“Dapat Hidayah Lepas Dengar Azan” – Adam Corrie Islamkan 20 Saudara Baharu

Sebut sahaja nama Adam Corrie, sudah pasti akan melekat gelaran Dragon yang sinonim dengan dirinya selepas memegang watak itu dalam filem KL Gangster.

ADVERTISEMENT

BACA: Adam Corrie Kongsikan Pengalamannya Sewaktu Berhijrah

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah juga merupakan seorang pelakon yang digemari masyarakat oleh sebab mempunyai karakter yang bersahaja.

Dia juga dilihat semakin bergiat aktif dalam menyebarkan dakwah islam selain turut kerap menyertai program-program berunsurkan islamik.

Adam Corrie Islamkan saudara baharu

Pelakon berusia 50 tahun itu juga dilihat aktif dengan terlibat dalam proses penghijrahan saudara baharu yang ingin memeluk agama islam.

Perkara itu turut dikongsikannya di laman Instagram memaparkan beberapa video yang menunjukkan individu yang telah memasuki islam berkat bantuannya.

Alhamdulillah .. hari ini seorang lagi saudara kita kembali kepada fitrah.

Islamkan 20 saudara baharu

Selain itu, Adam ketika dihubungi Kosmo menyatakan bahawa video yang dimuat naik dalam Instagram menyaksikan dirinya mengislamkan dua pasangan yang menjadi perbualan netizen.

Lebih menarik perhatian, dia telah mengislamkan seramai 20 orang saudara baharu dan salah seorangnya berlaku pada hari ini.

Saya baru sahaja mengislamkan seorang saudara baharu hari ini di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Menariknya cerita saudara baharu ini, dia seorang perempuan dan mengalami kemalangan pada 2007.

Dia cerita kepada saya sebelum membulatkan tekad memeluk Islam, dia selalu bermimpi bertemu malaikat. Semua ini kehendak dan aturan Allah.

Adam juga turut berkata bahawa semuanya bermula dari satu direct message (DM) di media sosial daripada saudara baharu yang ingin memeluk islam itu selain turut memohon agar sama-sama membimbing mereka.

Cerita kisah pasangan ucap syahadah

Bercerita lanjut tentang dua pasangan yang mengucapkan syahadah jumaat lalu, Adam menyatakan bahawa mereka mempunyai cerita yang berbeza.

Pasangan pertama berketurunan Cina manakala yang kedua adalah India. Kedua-dua pasangan tersebut ingin mendirikan rumah tangga dan mendalami agama islam.

Yang Cina perempuan, bakal suami seorang muallaf. Saya nasihatkan mereka, nak kahwin tiada masalah cuma kalau dah peluk Islam, jaga rukum Islam, belajar solat, mengaji dan sebagainya.

Yang pasangan India, lepas mengucap dua khalimah syahadah, mereka menangis dan maklumkan masuk Islam sebab dapat ispirasi daripada kisah saya.

Tapi, saya cakap hidayah milik Allah dan semuanya Dia yang susun.

Tambahnya lagi, kebanyakan 20 orang yang memeluk islam mendapat petunjuk dan hidayah oleh sebab selalu mendengarkan azan dan berasa tenang dengan seruan itu.

Sebagai info, Adam Corrie telah memeluk islam pada 13 Julai 2007 selain pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor pada 2017.

Kredit: Instagram Adam Corrie I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas