Connect with us

Oh! Media

Shuk Sahar Berang Ibu Bapa Kena Petik, Fara Salleh Pesan ‘Jangan Sembang Macam Kaki Batu’

Ohmedia shuk Sahar

Oh! Artis

Shuk Sahar Berang Ibu Bapa Kena Petik, Fara Salleh Pesan ‘Jangan Sembang Macam Kaki Batu’

Shuk Sahar ‘sound’ Fara Salleh kerana melibatkan ibu bapa dalam konflik yang berlaku.

Pasangan Shuk Sahar dan Fara Salleh kembali menjadi perhatian apabila konflik rumah tangga mereka terus berlarutan meskipun baru menyambut kelahiran cahaya mata.

BACA: Fara Salleh Lahirkan Anak Sulung Seorang Diri, Shuk Sahar Terus ‘Lepas Tangan’

Pada 26 Jun lalu sekitar jam 6.10 petang, Fara selamat melahirkan anak mereka. Namun kegembiraan itu tampaknya dicemari dengan pertelingkahan terbuka antara mereka yang kini dibawa ke laman media sosial.

IKLAN

“Tak ada siapa contact bagitahu dah lahir!”

Shuk Sahar

Menurut Shuk, dia langsung tidak dimaklumkan mengenai kelahiran bayi sulung mereka. Dia tahu Fara dimasukkan wad apabila menerima mesej di media sosial oleh seorang pengikut.

Maklumat ayah macam mana nak dapat, macam mana nak pergi azankan, tarikh lahir pun tak ada siapa yang bagitahu. Tak ada siapa yang contact untuk bagitahu dah lahir!

Katanya, untuk urusan kelahiran anak dia sudah memberikan sebanyak RM5,000 dan sebanyak RM3,000 untuk bulan Mei serta June.

Shuk Sahar
Fara Salleh

Lebih mengejutkan, Shuk turut memberi amaran keras kepada Fara agar tidak sesekali melibatkan ibu bapanya dalam konflik ini.

Jangan main gila dengan aku. Usik aku je bukan mak bapak aku. Kalau kau nak tengok macam mana gilanya aku, kau petik nama mak bapak aku!

Fara dakwa Shuk tak hirau kelahiran anak

Fara Salleh

Terdahulu, Fara pernah mendakwa Shuk langsung tidak mengendahkan kelahiran anak perempuan mereka dan tidak hadir ke hospital untuk mengiqamatkan bayi tersebut.

Katanya, nama Shuk tidak tersenarai dalam surat beranak kerana tiada kerjasama diberi daripada pihak bapa.

Pssttt! Bersambung-sambung pula drama Shuk dengan Fara ni ye, dari sebelum kahwin sampai kahwin dan bercerai pun ada konflik! Semoga semuanya dipermudahkan, selesaikan dengan cara baik.

Kredit: Instagram Shuk Sahar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas