Oh! Artis
“She’s Human And Deserves Grace” – Aazief Khalid Tegur Netizen Buli Artis Bercerai
Aazief Khalid mohon masyarakat tunjuk empati dan berhenti menghukum artis bercerai.
Anak kepada usahawan Dato’ Sri Khalid iaitu Aazief Khalid tampil menegur sikap segelintir netizen yang gemar ‘menghukum’ artis yang sedang melalui fasa perceraian.
Dalam satu hantaran di Thread, Aazief meluahkan rasa kecewa terhadap sikap masyarakat yang kononnya menentang buli, tetapi masih gemar mencaci dan menghina orang lain tanpa belas kasihan.
BACA: “Bukan Orang Ketiga” – Rumah Tangga Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Didakwa Bergolak Sejak April
Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang menjadikan penderitaan orang lain sebagai bahan bualan bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi.
“Acah-acah anti bullying tapi kaki mengutuk”

Beliau menambah bahawa setiap manusia, termasuk selebriti, layak untuk diberi ruang dan belas kasihan, bukan cercaan.
She’s human and deserves grace. As a child of divorcees, I saw how difficult it is for my mother and father to go through this process.
Aazief turut mengakui bahawa walaupun setiap dugaan datang dengan hikmah, bukan mudah untuk seseorang melihat kebaikan ketika sedang menanggung derita.
Sebagai anak yang ibu bapanya bercerai, Aazief menjadi saksi betapa susahnya mereka melalui dugaan berat ini.
Pssttt! Betul kata Aazief tu. Kadang-kadang kita lupa bahawa selebriti juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Tak perlu jadi hakim di media sosial, cukup sekadar beri ruang dan doa agar mereka kuat hadapi ujian.
Kredit: Threads Aazief Khalid
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.