Connect with us

Oh! Media

syatilla melvin

Oh! Artis

“Entah Virus Apa” – Syatilla Melvin Cirit Birit Dan Muntah Lebih Seminggu, Mata Jadi Merah

Pelakon terkenal, Syatilla Melvin memaklumkan kesihatan dirinya terjejas sejak dua minggu lalu. Dia juga telah mengalami cirit birit dan muntah-muntah selama seminggu menyebabkan matanya menjadi merah.

BACA: Selalu Sakit Belakang Dan Leher Susah Gerak, Syatilla Melvin Kena ‘Slip Disc’

IKLAN

Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla menunjukkan keadaan matanya yang merah dikatakan kerana tekanan daripada muntah yang dikeluarkan.

syatilla
syatilla melvin

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut memuat naik foto dirinya menerima rawatan di hospital. Syatilla sendiri tidak tahu virus (penyakit) yang menyerang dirinya kini.

Tilla sakit mata plus muntah-muntah, cerry berry dah seminggu. Akibat pressure muntah, mata jadi mcm ni. Siapa pernah? Kepada yang mencari Tilla, mintak maaf memang Tilla tak buka reply wasap apa pun sebab Tilla lembik tak ada energy. Anak-anak pun sama. Harini baru boleh senyum sikit.

Pelakon ini meminta maaf kerana langsung tiada tenaga untuk membalas chat yang dihantar di aplikasi Whatsapp.

Didoakan semoga pelakon ini dan keluarga sihat seperti sedia kala.

Kredit: Instagram Syatilla Melvin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas