Oh! Artis
Shuhada Shukri Cetus Tanda Tanya, Siapa Jejaka Misteri Di Konsert Australia?
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri, kembali mencuri perhatian netizen selepas memuat naik gambar bersama seorang lelaki misteri berbadan sado di Instagram.
Mereka difahamkan bersama-sama menghadiri satu konsert di Australia.
Siapa jejaka sado sebelah Shuhada tu?
Dalam perkongsian tersebut, Shuhada yang kini menetap di Australia, memuat naik beberapa gambar menarik sepanjang konsert kumpulan Twenty One Pilots.
Salah satu gambar menunjukkan seorang lelaki di sebelahnya, namun wajah lelaki itu sengaja dikaburkan.
Puas menikmati kehidupan, konsert pertama di Australia bersama kumpulan Twenty One Pilots. Cintailah diri anda dahulu.- Kapsyen Shuhada.
Netizen mula berteka-teki…
Tidak menunggu lama, netizen mula memenuhi ruangan komen dengan pelbagai spekulasi tentang identiti lelaki tersebut.
Ada yang menyifatkan Shuhada kini berhak untuk bahagia selepas melalui episod duka dalam hidupnya.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir pada 27 Julai 2023. Kini, Shuhada dilihat menjalani kehidupan baru di luar negara bersama anak-anaknya.
#OhmediaNasihat
Kebahagiaan bukan sesuatu yang datang dengan mudah, tetapi ia mampu dicapai jika kita belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu.
Jangan biarkan masa lalu menghantui kehidupan anda. Fokus kepada kebahagiaan dan masa depan anda, kerana anda layak untuk bahagia.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM