
Oh! Artis
Neelofa Dakwa Sudah Lama Tahu Tentang ‘Penyondol’ Yang Menyerang Puteri Sarah
Oleh
Masalah rumah tangga yang dihadapi pelakon, Puteri Sarah Liyana yang diganggu orang ketiga nampaknya semakin menjadi-jadi. Orang ketiga yang seakan mencabar dirinya itu tidak dapat dibiarkan lagi dan Puteri telah mengeluarkan saman.
BACA: Puteri Sarah Nekad Saman Penyondol Lepas Solat Istikarah, Perjuang Hak Sebagai Isteri

Apa yang dilakukan Puteri ini turut mendapat sokongan daripada rakan artis lain seperti Noor Neelofa. Ini apabila Neelofa melihat perkara ini sudah melampau sehingga tidak tahu lagi cara nak menenangkan Puteri.
Neelofa sendiri tak sanggup nak hadam kalau perkara sama terjadi padanya.
Kami ada banyak berborak mengenai situasi yang menimpa Puteri Sarah. Sehingga ke satu tahap saya seperti hilang kata-kata apa yang hendak dicakapkan kepadanya.
Ini kerana apa yang berlaku terlalu teruk apa yang dilakukan oleh pihak ketiga kepada awak (Puteri).
Masa tu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam apatah lagi awak yang kena lalui. Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. – Kata Neelofa di ruangkan komen Instagram Puteri.
Memang berat juga ujian rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul ni. Semoga orang ketiga itu menerima pengajaran dan hentikan menganggu rumah tangga orang lain jika benar.
Kredit: Harian Metro
