
Oh! Artis
“Semoga Allah Beri Kami..” – Respon Mimi Lana Selepas Batal Nikah
Oleh
Nama pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana hangat diperkatakan sejak petang tadi apabila pasangan ini membatalkan majlis pernikahan mereka di saat akhir.
Pasangan ini sepatutnya nikah pada Sabtu (18 Ogos) tetapi tak jadi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
BACA: Majlis Nikah Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Minggu Depan Dibatalkan
Di Instagram, Mimi Lana memuat naik hantaran memohon semoga Allah SWT permudahkan urusan mereka, dan semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada mereka untuk menempuhi ujian serta menjadikan mereka Muslim yang lebih baik.

Pelakon utama drama Perempuan Itu berharap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan semoga apa yang dirasakan buruk pada mereka adalah indah di dunia dan akhirat kelak.
Semoga Allah SWT kurniakan kami kekuatan untuk terus kuat ke hadapan.
Di ruangan komen, rakan selebriti dan pengikut mendoakan yang terbaik buat Mimi Lana dan Syafiq Kyle. Fazura meninggalkan komen, “Kakak loves you sayang. Always here for you. Stay strong.. peluk cium.”
Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin tak mengulas lanjut mengenai punca sebenar majlis nikah batal termasuk status hubungannya dengan Syafiq.
Kredit: Instagram Syafiq Kyle
