
Oh! Artis
Majlis Nikah Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Minggu Depan Dibatalkan
Oleh
Wakil pengurusan Syafiq Kyle dan Mimi Lana menerusi satu kiriman mesej ringkas memaklumkan majlis pernikahan dan resepsi pasangan itu yang dijadualkan pada 18 Ogos depan dibatalkan.
BACA: “Ramai Je Handsome” – Mimi Lana Buka Mulut, Dedah Sebab Sebenar Mahu Berkahwin Dengan Syafiq Kyle
Memetik laporan mStar, agensi pengurusan jemputan artis yang dilantik menghantar mesej tersebut kepada para tetamu dan jemputan khas.
Majlis yang bakal diadakan di Puncak Rimba Bentong Pahang itu dibatalkan atas beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Pihaknya turut memohon maaf di atas segala kesulitan.

Sementara itu, pelakon Nabil Aqil yang mempunyai pertalian keluarga dengan Syafiq Kyle turut terkejut dengan berita itu.
Saya terkejut dan agak sedih, tiada siapa yang tahu punca melainkan hanya keluarga.
Jelasnya tiada siapa tahu mengenai punca sebenar majlis batal melainkan keluarga terdekat dan usaha wartawan mendapatkan respon pasangan itu gagal.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
