Oh! Artis
Selepas 22 Tahun, Norman Hakim Akhirnya Bayar Mas Kahwin ‘Tertangguh’ Abby Abadi
Abby Abadi syukur isu tertunggak selama 22 tahun akhirnya selesai, pilih bersabar dan ucap terima kasih kepada Norman Hakim.
Selepas lebih dua dekad memendam rasa dan bersabar, pelakon dan usahawan Abby Abadi akhirnya berkongsi khabar yang cukup melegakan hati apabila urusan tertangguh yang berlarutan selama 22 tahun akhirnya selesai.
BACA: Abby Abadi Dedah Norman Hakim Beli Kereta Sport Tapi 17 Tahun Tak Bagi Nafkah
Menerusi perkongsian di TikTok, Abby memaklumkan bekas suaminya, Norman Hakim telah melunaskan hutang mas kahwin baru-baru ini.
Norman Hakim selesaikan mas kahwin ‘tertangguh’
Dalam masa sama, Abby turut merakamkan penghargaan kepada suaminya dan juga Memey yang disifatkan tidak pernah mencampuri urusan berkenaan sepanjang tempoh itu.
Abby mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya kerana sudi melunaskan apa yang tertunggak apabila sudah berkemampuan.

Apa yang lebih menyentuh hati, Abby menyatakan harapannya agar kesabaran selama 22 tahun itu bukan sahaja dibalas di dunia, malah menjadi asbab kepada ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak.
Pssttt! Kesabaran memang bukan perkara mudah, apatah lagi apabila diuji bertahun-tahun lamanya. Kisah Abby Abadi ini menjadi peringatan bahawa memilih untuk bersabar dan berlapang dada kadangkala membawa ketenangan yang tidak ternilai. Bukan soal siapa betul atau salah, tetapi bagaimana seseorang memilih untuk menutup cerita lama dengan cara yang paling damai.
Kredit: TikTok Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
HIV Bukan Hukuman Mati, Stigma Lebih Bahaya Dari Virus | Oh! Podcast Ep20
OH! MEDIA 23/12/2025 8:31 PM