Oh! Artis
Selebriti Cantik Senyap-Senyap Pilih Suami Orang, Jadi Isteri Keempat VVIP
Selebriti cantik berusia 31 tahun sah jadi isteri keempat bangsawan berstatus suami orang.
Siapa sangka, seorang selebriti cantik berusia 31 tahun yang sering menjadi idaman ramai rupa-rupanya sudah lama menyimpan rahsia besar.
Dakwa sumber Kosmo!, dia kini sah bergelar isteri keempat kepada seorang lelaki berstatus bangsawan (VVIP) yang juga sudah beristeri.
Reda bermadu dan terima lamaran

Tarikh pernikahan tidak pula dimaklumkan, namun sumber mendedahkan pasangan ini sebenarnya telah lama menjalin hubungan cinta sebelum mengambil keputusan untuk menghalalkan ikatan mereka.
Apa yang mengejutkan, selebriti ini nampaknya reda hidup bermadu. Dia dikatakan berlapang dada menerima lamaran lelaki tersebut yang nyata mampu menguruskan empat orang isteri sekali gus.
Menurut sumber lagi, selebriti itu sebelum ini tidak pernah dikaitkan dakwaan mempunyai kekasih. Namun, diam-diam memilih untuk hidup berpoligami.
Pssttt! Kalau masing-masing sanggup bermadu apa salahnya kan? Lagi pula, pasangan hidup mampu dari segala aspek. Kalau betul dakwaan ni, tahniah buat selebriti tersebut!
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.