Connect with us

Oh! Media

Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah Juara AJL36

ajl36

Oh! Artis

Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah Juara AJL36

Sengit betul Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tadi selepas semua penyanyi yang berentap atas pentas tadi memberikan segalanya mereka ada. Fuhh!

ADVERTISEMENT

Apapun semuanya terjawab apabila lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah diumumkan sebagai Juara Lagu AJL36.

Lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin ini membuktikan mereka sememangnya layak menjuarai anugerah ini. Juara AJL36 juga akan membawa pulang trofi beserta hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Penyanyi Marsha Milan yang membawa lagu Cinta pula mendapat tempat ke-2 dan bawa pulang trofi serta RM50,000. Tempat ke-3 pula adalah milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli beserta trofi dan RM30,000.

Aina Abdul turut berjaya memenangi Anugerah Vokal Terbaik dengan lagu Sepi ciptaannya dan membawa pulang trofi serta RM12,000. Persembahan Terbaik juga menjadi milik Marsha Milan dan membawa pulang RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence.

Aina Abdul dan Khai Bahar turut diumumkan sebagai pemenang Penyanyi Pilihan Popular AJL36 dengan wang tunai RM5,000 dan trofi.

Apa pandangan korang dengan AJL36 tahun ini?

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas