Connect with us

Oh! Media

Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Ahmad Gara-Gara Puji Nyanyian Shila Amzah Dan SOG

Oh! Artis

Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Ahmad Gara-Gara Puji Nyanyian Shila Amzah Dan SOG

Sudah lebih 16 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, Sekumpulan Orang Gila (SOG) akhirnya berjaya diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36.

ADVERTISEMENT

Nyanyian ‘Pelukan Angkasa’ bersama Shila Amzah itu telah membuka mata orang ramai bahawa muzik indie juga layak bersaing dengan muzik yang lain.

BACA: Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah Juara AJL36

Turut memuji persembahan ‘pasukan’ ini adalah pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad. Menerusi beberapa hantaran di Twitter, Sharnaaz berkata ‘Pelukan Angkasa’ memang layak dinobatkan juara. Malah, dia secara berseloroh mahu Anugerah Juara Lagu dibubarkan jika karya ini tewas dengan finalis lain.

shila amzah
shila amzah
sharnaaz

Pelakon berusia 37 tahun ini mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah dan SOG di atas persembahan yang memukau. Memang ‘well deserve champ’ katanya. Dia turut berbangga muzik indie tempatan sampai ke tahap ini.

sharnaaz

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata daripada netizen bersetuju dan sempat ‘mengusik’ pelakon ini berkenaan kisah lamanya dahulu. Ramai yang mahukan cinta ‘SA & SA’ bertaut kembali memandangkan kedua-duanya masih ‘single’.

Namun usikan tersebut tidak mendapat sebarang respon balas daripada Sharnaaz. Ada-ada je netizen ni kan?

Kredit: Twitter Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas