Connect with us

Oh! Media

Sekali Lafaz, Zulin Aziz Sah Bergelar Isteri Kepada Farhan

zulin aziz

Oh! Artis

Sekali Lafaz, Zulin Aziz Sah Bergelar Isteri Kepada Farhan

Zulin Aziz, seorang pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio telah sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz saja.

ADVERTISEMENT

BACA: Lepas Settle Dengan Nana, Zulin Aziz Nak Saman Netizen Pula?

Menerusi laporan Berita Harian, Majlis akad nikah berlangsung secara tertib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI)

Zulin terima wang hantaran RM30,000

zulin aziz

Shah Rezza Abdul Aziz, abang kepada Zulin telah menjadi wali buat pasangan pengantin dan dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Wang hantaran sebanyak RM30,000 telah diterima oleh Zulin Aziz, atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz.

Mas kahwin sebanyak RM80 telah diserahkan oleh pihak lelaki kepada pengantin perempuan lima hantran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Harap perkahwinan bersama suami dipermudahkan

Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.

Namun, sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan ditempuhi. Di alam realiti, saya melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.

Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi selepas hujan.

Zulin mengaharapkan hubungannya bersama suami akan dipermudahkan selepas ini. Menurutnya, Farhan telah melamarnya di Madinah pada akhir tahun lepas, semasa mengerjakan umrah.

Puji Zulin, Farhan bukan saja seorang pendengar yang setia, namun dia merupakan seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarganya. Zulin menjelaskan dirinya sangat selesa bersama dengan Farhan kerana boleh meluahkan segala isi hatinya.

Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sejak zaman saya berisi dan berjaya menurunkan berat badan.

Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak… Insya-Allah.

Zulin dan suaminya merancang untuk bercuti di Turki namun masih tiada kata putus dek kerana situasi pandemik Covid-19 yang sedang mencanak naik.

Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Zulin dan pasangan, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas