Connect with us

Oh! Media

Lepas Settle Dengan Nana, Zulin Aziz Nak Saman Netizen Pula?

Oh! Artis

Lepas Settle Dengan Nana, Zulin Aziz Nak Saman Netizen Pula?

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz menafikan dakwaan dia mempersoalkan saman yang dikeluarkan Siti Nordiana terhadap lima individu. Pelakon ini menjelaskan kenyataannya menerusi ruangan komen itu dimanipulasi sesetengah pihak menyebabkan dia menerima kecaman bertubi-tubi.

ADVERTISEMENT

BACA: Zulin Aziz Nafi Persoal Saman RM200k Siti Nordiana, Dakwa Difitnah

Terbaru, Zulin Aziz menerusi hantaran di Facebook berkata dia juga akan mengenakan saman kepada netizen yang mengeluarkan komen berunsur fitnah terhadapnya. Saman ini bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mereka yang berkenaan.

saman zulin aziz

Dalam hantaran itu, Zulin berterima kasih di atas nasihat netizen yang memintanya berbuat demikian.

Saya telah serahkan screenshot comment netizen yang menjatuhkan maruah saya, menfitnah dan sekutu dengannya.

Seperti yang saya maklumkan, saya tidak marah sekiranya anda tidak setuju, teguran, beri nasihat…tetapi bahasa yang anda lemparkan kepada saya berbaur fitnah dan menjejaskan nama baik dan perniagaan saya.

Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz berkata di atas nasihat peguam, dia bersetuju untuk meneruskan saman kerana komen berbaur fitnah telah menjejaskan nama baik serta perniagaan yang sedang diusahakannya.

Terdahulu, pelakon ini dilaporkan telah menghubungi sendiri Siti Nordiana memohon maaf dan menjelaskan kekeliruan yang telah timbul.

Pelakon Dia Semanis Honey, Siti Nordiana menerima penjelasan itu dengan baik dan dilihat turut sama memohon maaf. Dia bersyukur Zulin menghubunginya untuk menjernihkan keadaan.

Kredit: Facebook Zulin Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas