Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Tahu Dia Sakit” – Bapa Adibah Noor

Oh! Artis

“Saya Tak Tahu Dia Sakit” – Bapa Adibah Noor

Kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan penghibur serba serba boleh, Adibah Noor yang meninggal dunia akibat kanser ovari kira-kira jam 6.30 petang semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Adibah Noor Minta Rakan Rahsiakan Penderitaan Yang Dialami Selama Ini

Jenazah Allahyarhamah Adibah Noor, 52, selamat dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat.

Bapa tidak tahu Adibah sakit

Memetik laporan daripada Harian Metro, bapa Allahyarhamah Adibah Noor, Mohd Omar Zainal Abidin, 89, berkata, dia sama sekali tidak mengetahui akan derita anaknya yang menghidap penyakit kanser ovari tahap empat.

Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Saya pergi hospital pun dia tidak beritahu. Tapi kalau Tuhan nak ambil, Dia ambil juga.

Itu anak saya nombor tiga. Dia seorang yang taat dan pemurah. Kalau orang lain nak kata dia kedekut, terpulanglah. Bagi saya dia okay, semuanya okay.

Saya tiada apa nak cerita, tiada apa yang nak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik buat anak saya.

Bapa kepada penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu turut menambah bahawa Allahyarhamah juga bukanlah jenis seorang yang suka menyusahkan orang lain walaupun ahli keluarga sendiri.

Ramai tak tahu dia sakit. Saya pun lambat juga diberitahu. Anak-anak saya semua macam tu. Dia hanya cakap sakit bahagian perut.

Dia masuk hospital pun dia tak cakap. Dia memang jenis tak nak menyusahkan orang.

Mohd Omar berkesempatan untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir di bilik pengurusan jenazah. Malah dia turut ke tanah perkuburan untuk mengebumikan anaknya dan memberikan penghormatan yang terakhir.

Pengebumian dihadiri rakan artis

Sementara itu, lebih 100 orang termasuk rakan artis yang lain hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Adibah Noor. Antara rakan artis yang hadir ialah Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Sharifah Amani, Saiful Apek dan ramai lagi.

Semoga roh Allahyarhamah Adibah Noor ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas