Connect with us

Oh! Media

Adibah Noor Minta Rakan Rahsiakan Penderitaan Yang Dialami Selama Ini

Adibah Noor

Oh! Artis

Adibah Noor Minta Rakan Rahsiakan Penderitaan Yang Dialami Selama Ini

Pemergian penyanyi dan penghibur serba boleh, Adibah Noor kira-kira jam 6.30 petang semalam telah mengejutkan ramai pihak selepas dipercayai akibat kanser ovari tahap 4.

ADVERTISEMENT

BACA : “Saya Serik” – Lama Membujang, Adibah Noor Tampil Beri Penjelasan

Menurut laporan Berita Harian, rakan seperjuangan arwah dalam program Gegar Vaganza (GV) musim kelapan iaitu Ani Mayuni tahu tentang penderitaan yang dialami arwah dan meminta maaf kerana perlu merahsiakannya kepada semua.

Arwah memaklumkan sudah lama menderita kanser ovari. Saya minta maaf kami terpaksa merahsiakan.

Sebelum ini, arwah ada memberitahu saya dan beberapa rakan GV8. Dan, kami menyimpan rahsia ini.

Kami tak boleh nak uar-uarkan kerana arwah sedang menanggung kesakitan ketika ini.

Ani juga mengatakan yang Adibah Noor telah mengambil masa yang lama untuk berehat selepas menjalani pembedahan. Bukan tu jer, arwah juga mengalami sakit seperti demam ‘on’ dan ‘off’ selepas selesai GV8.

Kemudiannya, arwah ditahan di hospital. Saya ingatkan arwah lama tak keluar disebabkan pandemik COVID-19.

Apabila saya bertanya secara peribadi, barulah arwah beritahu mempunyai kanser ovari dan dan baru selesai menjalani pembedahan.

Arwah sedang dalam tempoh berpantang dan biasalah, nak berehat. Jadi, arwah tak mahu terima tetamu dan tawaran pekerjaan.

Apa yang kita lihat hantaran terakhirnya dalam Instagram, baru-baru ini adalah persembahan pertama dijayakan selepas lama berehat.

Pemergian yang dirasai semua. Al-Fatihah dihadiahkan buat Allahyarhamah Adibah Noor Mohd Omar. 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas