Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Perlu Manusia Label..” – Isteri Dr Say Bersuara

Ohmedia dr say isteri

Oh! Artis

“Saya Tak Perlu Manusia Label..” – Isteri Dr Say Bersuara

Dr Azura Abas, isteri Dr Say akui khilaf isu aurat di HYROX Singapura dan harap dikurniakan hidayah.

Selepas dikecam netizen berhubung penampilan ketika menyertai acara kecergasan HYROX di Singapura, isteri kepada Dr Say Shazril yang juga doktor selebriti dan pempengaruh terkenal, Dr Azura Abas, akhirnya beri penjelasan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Dr Azura mengakui kekurangan diri dan berharap agar Allah SWT mengurniakannya hidayah.

Saya tahu banyak yang kecam, sejujurnya saya terima kekurangan saya. Insya-Allah hidayah akan tiba jua.

Isteri Dr Say jelaskan tiada niat lain, hanya kongsi gaya hidup sihat…

Dr Say

Beliau mahu menekankan bahawa mesej utama video tersebut adalah berkaitan aktiviti kecergasan, bukannya soal penampilan.

IKLAN

Post ini soal kesihatan, tak ada maksud lain. Kalau suka, boleh dijadikan inspirasi dan kalau tak suka, tak mengapa.

Dr Azura juga menyentuh tentang penilaian manusia terhadap seseorang. Katanya, dia lebih rela menyerahkan urusan penilaian kepada Yang Maha Esa.

Saya tak perlu manusia label siapa saya disisi Allah. Cukup kita tahu di mana level kita sendiri dengan pencipta kita.

Kalau rasa kita lebih mulia daripada orang lain, maybe itu lagi hina daripada yang tak tutup aurat? Tiada siapa yang tahu dan layak menghukum kecuali Allah.

Isu bermula dari penampilan di acara HYROX Singapura…

Dr Say

Semuanya tercetus apabila, Dr Say Shazril dan Dr Azura, berkongsi rakaman ketika mereka menyertai pertandingan kecergasan HYROX di Singapura.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah pakaian yang dikenakan Dr Azura memakai sports bra yang menampakkan sebahagian tubuhnya, manakala Dr Say hanya berseluar pendek tanpa baju.

Penampilan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong atas dasar kesihatan, namun ramai juga yang menegur dari sudut penjagaan aurat sebagai Muslim.

Dr Azura

Pssttt! Isu aurat ni memang sensitif, lebih-lebih lagi bila kita dikenali ramai. Tapi dalam masa yang sama, kita juga perlu beri ruang kepada orang untuk berubah. Kritikan membina itu bagus, tapi biarlah berhikmah dan ikhlas, bukan sampai menjatuhkan maruah orang.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas