Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Kata Ini Pengakhiran” – Sharifah Sakinah Dedah Status Rumah Tangga Dengan Michael

Oh! Artis

“Saya Tak Kata Ini Pengakhiran” – Sharifah Sakinah Dedah Status Rumah Tangga Dengan Michael

Baru-baru ini pelakon, Sharifah Sakinah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen selepas dia memuat naik gambar bersama suaminya dengan kapsyen seakan-akan mahu berpisah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tenaga Saya Sudah Habis” – Sharifah Sakinah Sahkan Mahu Bercerai Dengan Michael

Sungguhpun begitu, Sharifah Sakinah menjelaskan bahawa dia masih sayang dan cintakan suaminya itu.

Sharifah Sakinah mungkin akan kembali kepada Michael

Terbaru, Sharifah Sakinah mendedahkan bahawa dia mungkin akan kembali kepada Michael namun bukanlah dalam waktu yang terdekat.

@kosmoonline Saya masih cintakan Michael – Sharifah Sakinah #sharifahsakinah #beritatiktok #beritatiktok ♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Saya tak cakap ini pengakhiran sebab saya mungkin akan kembali padanya, sebab saya masih cintakan dia.

Saya mungkin akan kembali pada dia tapi mungkin bukan sekarang sebab anak-anak masih kecil. Anak-anak masih lagi kecil sebab itu kita tak boleh nak duduk dalam satu rumah.

Dalam pada itu, Sharifah Sakinah mendedahkan tanggungjawab serta cara untuk Michael menjaga anaknya hasil perkahwinan terdahulu juga menjadi sebab mereka memilih untuk berpisah buat sementara waktu.

Dia punya culture is dia kena jaga anak dia. Kalau lelaki Melayu, dia akan (boleh) bagi nafkah sahaja kepada pihak perempuan dan kahwin lain.

Culture dia (Michael) lain, seminggu dekat bekas isteri, seminggu lagi dekat suami. Kalau dia (Michael) pindah sini pun, dia perlu bawa bekas isteri dia datang. Jadi kami tak mahu that kind of drama.

Tambah adik kepada Sharifah Shahirah itu lagi, dia dan Michael masih lagi bergelar suami isteri dan tidak bercerai seperti yang diperkatakan segelintir netizen.

Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercerai tetapi berpisah (separate).

Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap.

Untuk info, Sakinah dan Michael mengumumkan bahawa mereka sudah sah bergelar suami isteri selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020 yang lalu.

Kredit: TikTok Komso

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas