Connect with us

Oh! Media

“Tenaga Saya Sudah Habis” – Sharifah Sakinah Sahkan Mahu Bercerai Dengan Michael

Sharifah sakinah ohmedia

Oh! Artis

“Tenaga Saya Sudah Habis” – Sharifah Sakinah Sahkan Mahu Bercerai Dengan Michael

Perkahwinan yang terbina di antara pelakon wanita, Sharifah Nurul Sakinah dengan suaminya Michael pada penghujung tahun 2020 itu nampaknya sedang dilanda masalah.

Perkara itu didedahkan sendiri Sakinah yang mengakui hubungan jarak jauh menjadi punca dia mahu berpisah dengan Michael yang kini menetap di Sweden.

Sakinah tidak mahu lagi berulang-alik ke negara itu..

Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini. Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.

Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan.

Suaminya Michael juga dikatakan tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja di Sweden dan masih ada keluarga yang perlu ditanggung.

IKLAN
Image 140

Sebelum berkahwin dengan Michael, Sakinah pernah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha. Mereka bagaimanapun bercerai pada Mei 2020.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas