Connect with us

Oh! Media

“Saya Tahu Akan Ada Yang Cakap Mula Niaga Sebab Nak Bayar Duit Itu Tapi..”

Ali2 1

Oh! Artis

“Saya Tahu Akan Ada Yang Cakap Mula Niaga Sebab Nak Bayar Duit Itu Tapi..”

Pelawak terkenal, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan kini sedang menjalin usahasama sebagai duta untuk jenama Red Grocer iaitu perniagaan pembekalan ayam mentah.

BACA: Akhirnya Selesai, Nor Hidayah Menang Kes Saman Fitnah Lawan Ali Puteh

Dalam pada masa yang sama, Ali menggalas tugas sebagai rakan kongsi perniagaan itu.

IKLAN

Jual ayam bukan untuk bayar duit itu

Memetik laporan Utusan, Ali menegaskan, perniagaan ini bukanlah untuk membayar sejumlah wang yang telah diperintahkan oleh mahkamah kepada balu abangnya, Siti Nor Hidayah.

Saya tahu, akan ada yang cakap kini mula berniaga sebab nak bayar duit itu tetapi bila fikir-fikir semula, netizen memang akan sentiasa bercakap pun.

Kata pelawak ini, dia perlu menjelaskan hal itu kerana sedar ada mulut yang akan bercakap negatif dan mereka-reka cerita tidak benar mengenainya.

Namun, Ali memilih untuk senyum sahaja dan mengucapkan terima kasih. Dia hanya mahu fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan itu.

Saya nak fokus pada kerja dan perniagaan ini saja. Saya tak kerja untuk bayar duit itu, tidak ada kaitan. Fokus berniaga ini lebih kepada fardu kifayah.

Mengenai karier seni, Ali berkata berniaga tidak bermakna dia telah mematikan kerja-kerja seninya. Dia dan Mamak juga tidak pernah membubarkan kumpulan Puteh. Jika membabitkan kerja-kerja untuk kumpulan Puteh, mereka akan bergerak bersama-sama.

Apa-apa pun selamat maju jaya diucapkan kepada Ali!

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas