Oh! Artis
“Saya Sebenarnya Dah Penat, Macam Dah Reda” – Syamsul Yusof
Di balik kejayaan filem Mat Kilau yang mencecah kutipan lebih RM50 juta sejak ditayangkan, pengarah filem itu, Syamsul Yusof turut terpalit dengan kontroversi yang melibatkan rumah tangganya oleh kerana pihak ketiga.
BACA: “Siapa Ira Kazar Pada Awak?” – Respon Syamsul Yusof Buat Netizen Kecewa
Bahkan ada juga cakap-cakap netizen mengenai kejayaan yang dikecapi Syamsul ketika ini merupakan salah satu perkara ‘istidraj’.
Syamsul sentiasa berharap kejayaan diberkati Allah
Terbaru, Syamsul yang ditemui Harian Metro mengatakan bahawa dia selalu berharap rezeki yang dikecapinya sentiasa berkat dan dirahmati Allah.
Dia turut memaklumkan bahawa dia sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang diperolehinya dan sedar mengenai ‘istidraj’ seperti yang dikatakan segelintir netizen.
Kita bukan Tuhan. Jangan salah faham ketika bercakap soal agama. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.
Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.
Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Munafik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah.
Syamsul turut tidak menafikan bahawa dia sebenarnya sudah penat dan hanya mampu reda dengan pelbagai masalah dan kontroversi yang berlaku ketika ini.
Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, ‘ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.
Apabila dah laku (Mat Kilau), ‘istidraj’. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga.
Sebagai cara untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, mungkin Syamsul perlu berterus terang dan menerangkan segala perkara yang menjadi kontroversi dan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM