Connect with us

Oh! Media

“Saya Pemilik Kenderaan Itu” – Rakan Cerita Sebenar Kereta McLaren Digayakan Opai

opai

Oh! Artis

“Saya Pemilik Kenderaan Itu” – Rakan Cerita Sebenar Kereta McLaren Digayakan Opai

Ohmedia sebelum ini ada kongsikan tentang suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang dimasukkan ke hospital selepas didakwa dipukul. Aliff yang turut dikenali dengan nama Opai itu turut terpalit dengan isu dipanggil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas tidak menggunakan nombor plat sebenar pada kenderaannya jenis McLaren.

ADVERTISEMENT

BACA: Opai Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H

opai

Tidak cukup dengan itu, penggunaan nombor play QPA1 pada McLaren hijau itu turut mendapati ia didaftarkan atas nama orang lain dan bukanya Opai.

Disebabkan isu ini jadi hangat, pemilik asal McLaren yang dipakai Opai, iaitu Hafiz Wasa tampil menjelaskan perkara sebenar.

Hafiz mengakui kereta itu memang miliknya tetapi ia sudahpun menjadi milik Opai dan sudahpun selesai buat bayaran. Bagaimanapun, mereka masih belum sempat melakukan proses penukaran nama kerana kekangan masa.

Ya, saya pemilik kenderaan itu tapi Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu. Cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan. Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan.

Jadi itu memang kereta dia pun, pelik dengan netizen ni. Mungkin sebab video Opai yang viral baru-baru ini menyebabkan ia jadi bualan.

Rakan kata Opai sangat baik dan bukannya seperti yang digambarkan netizen…

Saya ada jalankan perniagaan dan selepas PKP, bisnes kami ada masalah situ, itu sebab kami buat keputusan untuk jual kereta tersebut.

Saya rasa Opai beli kereta itu pun sebab nak tolong saya. Ikutkan dia ada banyak pilihan kereta lain yang lebih mewah.

Kami dah kenal sejak 2016. Sepanjang perkenalan saya dengan Opai, dia dekat luar tidak sama macam di dalam video. Dia seorang yang baik dan hormat orang.

Apapun kita doakan sahaja agar Opai kembali sihat. Doakan yang baik-baik.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas