Connect with us

Oh! Media

Opai Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H

opai kena pukul

Oh! Artis

Opai Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H

Sebelum ini, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang dikatakan merendah-rendahkan pemilik kenderaan bukan supercar dengan menggelarnya sebagai najis.

ADVERTISEMENT

Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai bagaimanapun menafikan dia cuba menghina sebaliknya bergurau dan ditujukan kepada rakan-rakannya yang hadir ke acara pertunjukan kereta di Bukit Bintang waktu itu.

BACA: Isu ‘Najiskan’ Kereta, Opai Dipanggil Bersemuka Dengan Ayahanda Cek Ton

Terbaru, isterinya Fatin Afeefa menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi video menunjukkan suaminya berada di hospital. Afeefa secara ringkas menulis, suaminya kena pukul dengan geng Honda.

opai

Namun tak dapat dipastikan kesahihan informasi tersebut sama ada benar ataupun hanyalah berjenaka.

Dalam perkembangan lain, suami kepada pelakon ini didakwa menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewah McLarennya.

Susulan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik sebenar tampil membuat laporan polis.

Kredit: Instagram Fatin Afeefa | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas