Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Saya Nak RM2 Boleh?” – Bagi Duit Sebab Kawan Sekolah Minta, Almy Nadia Tegas Tegur Anak

Pelakon yang merupakan isteri kepada Dato’ Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia menegur tindakan anak yang dengan senangnya beri duit poket kepada kawan sekolah.

BACA: Dianggap Muka Seiras, Fizz Fairuz Pula Kena Tempias

IKLAN

Menerusi hantaran video di Instagram, Almy bertanyakan anak sulungnya Afrina Arianna berkenaan duit belanja sekolah agama sebanyak RM5 yang sentiasa habis.

Arianna menjawab dia membeli popcorn dan minuman, manakala selebihnya diberikan kepada kawan. Almy Nadia dengan tegas bertanya mengapa dia sewenangnya beri duit belanja kepada orang lain, si anak menjawab kerana ‘kawan minta’ dan dia nampak susah.

Pelakon ini terus menasihati anak supaya tidak terlalu lembut hati beri orang lain duit kerana ianya hasil titik peluh ibu bapa bekerja.

Kenapa awak nak kena bagi? Dia susah sangat ke? Kalau dia nak, memang awak kena bagi je semua? Ingat senang ke dapat duit? Nak duit ni kena kerja tau. Awak ada kerja?

Hanya orang yang benar-benar susah, tiada duit dan tiada makanan yang layak dibantu, tegasnya. Bukannya rakan sekolah yang hanya tahu ‘minta’ sedangkan ibu bapa dah beri duit belanja.

Di ruangan komen, penyanyi Tasha Manshahar yang merupakan seorang guru memuji Almy Nadia yang tegas dalam menegur anak.

Menurutnya lagi ibu bapa yang lain juga harus menasihati anak supaya tidak meminta-minta. Katanya, kejadian meminta duit rakan memang berleluasa di sekolah. Sampai ada yang tak cukup makan semata-mata nak tolong kawan.

Kredit: Instagram Almy Nadia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas