Connect with us

Oh! Media

Dianggap Muka Seiras, Fizz Fairuz Pula Kena Tempias

Oh! Artis

Dianggap Muka Seiras, Fizz Fairuz Pula Kena Tempias

Masih meniti di bibir masyarakat mengenai kontroversi melibatkan pelakon tanah air, Fauzi Nawawi yang menceritakan babak rogol di dalam sebuah program bual bicara.

ADVERTISEMENT

BACA: Kena Tempias Bapa, Anak Fauzi Nawawi Mohon Netizen Berhenti Caci Keluarga Lain

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui menyesal akan tindakannya itu selain turut memohon maaf secara terbuka di media sosial.

Isterinya, Lisdawati turut mengakui kekesalannya terhadap tindakan netizen yang terus mengecam suaminya itu selain berharap agar isu tersebut tidak terus berpanjangan.

Namun, anak perempuan kepada pasangan itu, Hanna Faresha turut menerima tempias selepas menjadi mangsa kecaman netizen menerusi Direct Message (DM) di Instagramnya.

Orang lain yang buat, Fizz Fairuz pula terima tempias

Terbaharu, pelakon Datuk Fizz Fairuz turut mendapat kecaman daripada seorang pengguna media sosial selepas mungkin dianggap memilik wajah yang sama dengan Fauzi Nawawi.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh isterinya, Almy Nadia, individu tersebut dilihat telah tersilap menghentam dan mengutuk suaminya di akaun Instagramnya.

Selain itu, individu yang tidak dikenali itu turut menghamburkan kata-kata cacian termasuklah menuntut agar Fizz segera membuat permohonan maaf.

Sayang…tolong bantu saya.

Difahamkan, individu itu dipercayai telah menyangka Fizz merupakan Fauzi yang terlibat dalam kontroversi selain mengharapkan agar pelakon itu menerima bencana akan ‘perbuatannya’ itu.

Fizz Fairuz, rakan artis turut beri respon

Meninjau pada ruangan komen, Fizz Fairuz juga dilihat memberi respon terhadap perkara yang menimpa dirinya selain berseloroh ingin menyaman individu tersebut.

Okey, kira saman terus. Hahahaha…. Instagram semua ada, ngam hooo.

Selain itu, pelakon Sharifah Shaiera juga turut memberikan komen dengan menzahirkan rasa hairan akan perkara tersebut sebelum dibalas oleh Almy.

Selain itu, antara lain yang turut meninggalkan komen ialah Haiza Hanafi, Feeya Iskandar, Orked Farhan, Farah Ahmad dan Enot yang turut tidak berpuas hati dengan individu tersebut.

Kredit: Instagram Almy Nadia I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas