Connect with us

Oh! Media

“Saya Masih Bernyawa Lagi” – DJ Lin Kesal Individu Sebar Berita Palsu Tentang Kematiannya

Oh! Artis

“Saya Masih Bernyawa Lagi” – DJ Lin Kesal Individu Sebar Berita Palsu Tentang Kematiannya

Siapa tak kenal dengan DJ Lin, penyampai radio popular Suria FM yang sudah memenangi Anugerah Penyampai Radio Paling Popular sebanyak empat kali.

ADVERTISEMENT

Suaranya yang unik, caranya melayan para pendengar merupakan antara faktor mengapa segmennya sering menjadi pilihan pendengar setiap kali ke udara.

BACA: “Memang Aku Buat…”- Lana Nordin Akhirnya Akui Dah Buat Hidung Tapi Ada Sebabnya

Baru-baru ini tular di Facebook selepas berita palsu mengenai kematian DJ Lin. Biar betul?

DJ Lin masih bernyawa

Susulan berita palsu itu, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid tampil memberi kenyataan di laman Instagramnya.

Menerusi satu posting di Instagram, penyampai radio popular itu terkejut dan berang dengan tindakan seorang pengguna di Facebook yang menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya.

Sedih bila ada org doakan benda yg tak baik dekat kita.

Teringin DJ lin nak bertentang mata dengan orang yang menyebarkan fitnah tentang kematian Lin ni. Sangat kurang ajar! & tak bertanggungjawab.

Menurut Kosmo, DJ Lin menyifatkan tindakan pengguna yang menggunakan nama Amir KDH di Facebook itu sebagai biadap dan keterlaluan. Individu itu sepatutnya memeriksa kesahihan dan kebenaran mengenai sesuatu maklumat terlebih dahulu dan tidak menyebarkannya sesuka hati tanpa usul periksa.

Tambahnya lagi, dia turut tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya isu sebegini berulang lagi.

Jangan terlalu fikir nak jadi nombor satu atau paling awal menyampaikan berita sesuka hati tanpa memikirkan sensitiviti pihak lain.

Saya boleh ambil tindakan undang-undang jika perkara sebegini masih berulang lagi.

Kredit: Kosmo | Instagram djlinsuriacinta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas