Connect with us

Oh! Media

“Memang Aku Buat…”- Lana Nordin Akhirnya Akui Dah Buat Hidung Tapi Ada Sebabnya

lana nordin

Oh! Artis

“Memang Aku Buat…”- Lana Nordin Akhirnya Akui Dah Buat Hidung Tapi Ada Sebabnya

Sebelum ini netizen dilihat menuduh pelakon wanita, Mazlina Hasan Nodin membuat pembedahan hidung kerana berlaku perubahan bentuk yang amat ketara.

ADVERTISEMENT

Lana Nordin bagaimanapun tidak berdiam diri dan tampil berterus terang selepas teruk dikecam netizen. Dalam satu perkongsian video di Instagram miliknya Lana mengakui semua tuduhan yang dilemparkan netizen.

Saya terpaksa…

Lana memaklumkan dia terpaksa menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan semula hidungnya yang senget akibat kemalangan motosikal ketika zaman persekolahan.

Orang tanya kenapa buat hidung? Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung patah dah lama dah.

Masa itu balik kampung Felda, yang tanah merah tu. Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkur. Hidung berdarah dan patah. – Cerita Lana.

Lana kemudian memaklumkan sejak kemalangan itu, hidungnya senget dan terpaksa memakai besi untuk beberapa tahun. Selepas beberapa tahun, besi itu dibuka dan digantikan dengan plastik kerana tidak tahan rasa sejuk besi.

Bila kita tukar rhinoplasty ini, ada jangka hayat. Lima, enam tahun… 10 tahun kena tukar. Jadi saya tukar supaya hidung tidak bernanah. Pakai tulang telinga. Apa lagi korang nak tahu? – Terangnya lagi.

Kesian dengan netizen buat dosa kering.

Lana juga mengakui kesian dengan netizen kerana membuat tuduhan dan dosa kering. Walaupun dia sebenarnya tidak perlu menjawab tuduhan ini semua, dia akui terpaksa bersuara kerana kesian.

Sibuk nau dengan hidung aku. Lubang lain tak nak tahu? Asyik tanya lubang hidung aku saja. Yang brader tu, kata tukar kejadian Tuhan apa la.. eh kau tengok muka aku. Semua original la. – Guraunya.

Apapun, setiap orang ada kisah mereka sendiri dan kita doakan sahaja agar semuanya dipermudahkan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas