Connect with us

Oh! Media

“Saya Jawab Relax Kan? Takde Rapping Kan?” – Noh Salleh

Noh Salleh

Oh! Artis

“Saya Jawab Relax Kan? Takde Rapping Kan?” – Noh Salleh

Suami kepada Mizz Nina, Essam Muhammad dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini mewakili isterinya untuk prosiding sulh hak penjagaan anak angkat terhadap bekas suami, Noh Salleh.

Dalam satu temubual dengan media, Essam meminta Noh Salleh berhubung dengannya secara terus di Instagram bukannya Mizz Nina untuk sebarang urusan selepas ini.

BACA: ”Noh Salleh Telah Berikan Informasi Yang Salah Kepada Semua” – Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

IKLAN

Dalam temubual itu juga, penyanyi rap kacukan Mahgribi dan Amerika Syarikat ini menegaskan tiada seorang anak pun yang boleh dibawa lari daripada penjaga sebenarnya tanpa kebenaran.

Essam berkata lagi, isterinya yang merupakan ibu susuan Musa mempunyai dokumen hak penjagaan sah dan terkilan bila Musa dijadikan mangsa.

Sementara itu, Noh meminta Mizz Nina menunjukkan bukti perjanjian jika benar seperti yang didakwa. Noh mendakwa dirinya telah dianiaya dan berharap kebenaran akan terbongkar.

Noh tidak tahu apa ‘permainan’ yang cuba dicetuskan Mizz Nina kerana dia hanya mahu yang terbaik untuk Musa.

Noh Salleh

Saya jawab relax kan? Takda rapping rapping kan?

Meninjau ke Instagram Story, Noh dilihat membalas kepada peguamnya Muhammad Shamsyuar Jasmin menyatakan dia ‘relax’ sahaja ketika memberikan kenyataan kepada media. Noh sindir siapa tu?

Apa-apa pun diharapkan isu ini selesai secara baik untuk kebaikan semua pihak terutamanya Musa.

Kredit: Instagram Noh Salleh | officialhlive | hibglam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas