Connect with us

Oh! Media

”Noh Salleh Telah Berikan Informasi Yang Salah Kepada Semua” – Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

Essam Muhammad

Oh! Artis

”Noh Salleh Telah Berikan Informasi Yang Salah Kepada Semua” – Suami Mizz Nina, Essam Muhammad

Sebelum ini penyanyi, Noh Salleh ada mendedahkan nama sebenar anak angkatnya di media sosial tapi suami kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina, Essam Muhammad tampil menafikan perkara itu. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Oh! Bulan, Essam menegaskan nama sebenar Musa bukanlah Musa Mohammad Noh Bin Abdullah selepas prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang berlangsung pagi tadi.

Itu bukan nama sebenar Musa. Saya di sini ingin menegaskan bahawa nama penuh Musa yang kononnya disebut di internet tempoh hari adalah tidak benar.

Dia (Noh Salleh) telah memberikan informasi yang salah kepada semua.

Namun begitu, saya enggan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum.

Bukan tu jer, suami kepada Mizz Nina itu juga berkata yang isterinya ada dokumen hak penjagaan yang sah dan tidak mahu Musa menjadi mangsa dalam polemik yang berlaku.

Isteri saya mempunyai dokumen yang sah untuk menjaga Musa. Saya di sini mewakili isteri saya iaitu Mizz Nina ingin menegaskan bahawa tiada seorang anak pun yang patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan daripada ibu bapanya.

Bukan itu sahaja, pihak defendan malah mendedahkan nama sebenar ibu kandung Musa kepada umum menerusi sebuah kenyataan permohonan maaf.

Tiada ibu kandung yang mahu satu Malaysia tahu bahawa dia telah menyerahkan anaknya sendiri kepada orang lain. Perbuatannya sangat memalukan dan tidak beretika.

Noh juga diminta Essam untuk berhubung dengannya sekiranya mahu berbincang mengenai isu penjagaan Musa.

Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina, saya adalah mahramnya.

Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih publik.

Apa pandangan korang? Semoga yang terbaik buat mereka.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas