Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Sebab Mizz Nina Tarik Semula Kes Penjagaan Musa Melibatkan Noh Salleh

Mizz Nina

Oh! Artis

Ini Rupanya Sebab Mizz Nina Tarik Semula Kes Penjagaan Musa Melibatkan Noh Salleh

Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dikatakan berhak untuk menentukan bekas suaminya, Noh Salleh untuk melawat anak angkatnya, Musa.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, Mizz Nina merupakan penjaga tunggal kepada Musa dan perkara ini dikatakan sendiri peguam Mahmud Jumaat menerusi Instagram miliknya.

Walau bagaimanapun, bekas suami Mizz Nina boleh membuat permohonan bagi menuntut hak lawatan Musa di Mahkamah Tinggi Syariah.

Memandangkan Nina merupakan penanggung tunggal yang sah, dia berhak untuk memutuskan sama ada wajar atau tidak hak lawatan diberikan kepada pihak Noh selepas apa yang berlaku.

Noh masih boleh menuntut hak dengan membuat permohonan hak lawatan ke Mahkamah Tinggi Syariah dengan mengemukakan segala bukti seperti mana yang dibangkitkan untuk dibuktikan di mahkamah.

Mengenai penarikan semula kes penjagaan Musa, Mahmud menjelaskan yang ianya disebabkan Mizz Nina sudah berdaftar sebagai penjaga tunggal de-facto di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 di Jabatan Pendaftaran Negara.

Jadi selain dari minta kebenaran dari ibu kandung, Mizz Nina juga merupakan penjaga tunggal Musa secara berterusan sepanjang tempoh dua tahun.

Isu atau pertikaian berkaitan siapa yang berhak untuk menjaga Musa tidak lagi berbangkit sekaligus permohonan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah tidak lagi menjadi keperluan untuk diputusan oleh Hakim.

Oleh disebabkan perkara inilah, pihak Miss Nina menarik balik permohonan tersebut.

Haaa, semuanya sudah terjawab. Apa pandangan korang mengenai perkara ini? Apapun, semoga semuanya dipermudahkan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas