Connect with us

Oh! Media

“Saya Jaga Badan Bukan Untuk Suami” – Ozlynn Beri ‘Tips’ Untuk Kekal Ramping

Oh! Artis

“Saya Jaga Badan Bukan Untuk Suami” – Ozlynn Beri ‘Tips’ Untuk Kekal Ramping

Sebut sahaja tentang Ozlynn, sudah pasti ramai akan mengenalinya oleh sebab telatah lucu serta dikenali dengan perwatakan yang ‘masuk air’.

ADVERTISEMENT

BACA: Johan Dan Ozlynn Didik Anak-Anak Utamakan Al-Quran

Ia ditambah pula dengan telatah suaminya, Johan yang sudah pastinya mengamit suasana penuh jenaka setiap kali melihat mereka berdua.

Terdahulu, pasangan suami isteri ini telah mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata keenam yang diberi nama Cherdiq.

Pengumuman itu disifatkan sebagai mengejutkan kerana sebelum ini mereka tidak pernah memaklumkan tentang kehamilan Ozlynn kepada umum.

Ozlynn akui titik beratkan penjagaan badan selepas bersalin

Selain itu, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail turut dipuji ramai oleh kerana berjaya mengekalkan bentuk badan yang ramping walaupun sudah melahirkan enam zuriat.

Menerusi hantarannya di laman Instagram, dia lebih menitik beratkan amalan menjaga tubuh badan dengan rapi terutamanya selepas bersalin demi kesihatan diri sendiri.

Selain itu, dia juga menafikan bahawa dirinya menjaga badan untuk suami selain menyatakan setiap penyakit yang akan dihidapnya perlu ditanggung oleh dirinya sendiri.

Ada yang cakap bagus Ozlynn jaga dalaman untuk suami. Hello! Saya jaga badan untuk diri sendiri, bukan suami.

Sebab, kalau sakit, bukan suami kita yang boleh ambil sakit itu pun. Tetapi, rezeki suami kita dapat kita yang jenis menjaga dalaman.

Menurut Ozlynn, dia juga mendedahkan rutin penjagaan badannya ada kalanya dibuat sendiri seperti bersauna, berbengkung dan sebagainya.

Ada rezeki lebih, dapatla ambil tukang urut. Apa pun, kita semua kena sedar diri tahap kemampuan keluarga kita. Tak perlu ikut orang.

Kongsi ‘tips’ ketika berpantang

Dalam pada itu, pelakon itu turut berkongsikan amalan kesukaannya semasa berpantang iaitu dengan melakukan rawatan tangas.

Menurutnya, rawatan tersebut dilihat sangat bagus untuk kaum hawa dengan sekurang-kurangnya diamalkan selama tiga kali seminggu.

Tapi, jujur saya cakap, selalunya selepas habis pantang 44 hari, saya masih lagi berpantang. Tak ambil makanan bersifat sejuk, makanan sejuk beku, makanan segera, air kordial, air gas, air tin.

Tapi bergantunglah pada apakah makanan dan minuman itu. Selalunya juga, selepas bersalin normal, tiga bulan kemudian saya akan perlahan-lahan buat senaman ringan.

Bagaimanapun, dia juga sedar ramai berpendapat mereka yang dikurniakan kemewahan lebih mudah untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Namun, menurutnya, penjagaan badan kadang-kalanya tidak memerlukan modal yang mahal dan boleh melakukan senaman seperti membuat kerja rumah.

Tambahnya, penjagaan badan tidak semestinya hanya pergi ke gimnasium, kerja rumah seperti basuh bilik air, tukar cadar katil dan berus baju juga boleh dikategorikan sebagai senaman di rumah.

Kredit: Instagram jozlynnhanania I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas