Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Sambut Hari Kelahiran Isteri, Azmi Saat Pohon Doa Orang Ramai

Terdahulu, penyanyi tanah air, Azmi Saat dan isterinya telah diuji dengan pemergian anak sulungnya selepas seminggu dilahirkan oleh kerana mengalami masalah kesihatan.

BACA: Alami Masalah Kesihatan, Anak Azmi Saat Disahkan Meninggal Dunia

IKLAN

Perkara tersebut sudah semestinya merupakan khabar memeritkan buat dirinya, namun dia tetap reda akan ketentuan ilahi selain menganggap ia merupakan salah satu ujian daripada tuhan.

Berhubung dengan itu, orang ramai mula membanjiri ruangan komen pada hantaran itu dengan mendoakan agar Azmi dan isterinya tabah menerima dugaan ini.

Azmi saat pohon doa orang ramai buat isterinya

Walaupun sudah genap sebulan pemergian anak sulungnya, Khairul Afnan, perasaan rindu serta duka masih tersemat dalam diri Azmi serta isterinya.

Menerusi hantarannya di laman Instagram, semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran isterinya, Nazirah dan penyanyi itu memohon orang ramai mendoakan isterinya agar sentiasa kuat dalam menjalani kehidupan.

Hari ini (Selasa) hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.

Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat.

Mohon kata-kata semangat dari netizen

Selain itu, Azmi juga turut meminta orang ramai supaya memberikan kata-kata positif kepada isterinya selain mengakui dirinya masih belum mampu melupakan pemergian anaknya.

Tambahnya lagi, sudah genap sebulan Khairul Afnan meninggalkan pasangan itu selain tidak menafikan kesedihan masih melanda mereka berdua.

Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan Aruah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.

Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.

Mengakhiri hantarannya, dia juga berharap agar kata-kata semangat yang penuh positif daripada orang ramai mampu berikan kekuatan kepada isterinya.

Kredit: Instagram Azmi Saat I Utusan Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas