Connect with us

Oh! Media

Alami Masalah Kesihatan, Anak Azmi Saat Disahkan Meninggal Dunia

Oh! Artis

Alami Masalah Kesihatan, Anak Azmi Saat Disahkan Meninggal Dunia

Terdahulu, penyanyi tanah air, Azmi Saat telah mengumumkan berita gembira selepas isterinya, Nazira Muhammad telah melahirkan anak sulungnya bernama Khairul Afnan.

ADVERTISEMENT

BACA: Selalu Bergurau ‘Kahwin Dua’, Azmi Caliph Buskers Tersentak Bila Isteri Respon..

Namun, belum pun seminggu menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka, penyanyi itu diuji selepas anaknya dilaporkan berada dalam keadaaan tidak sihat

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd Saat menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.

Menerusi hantaran itu, dia bersama isterinya memohon orang ramai supaya mendoakan kesihatan anaknya itu selain menganggap ia sebagai ujian daripada tuhan.

Anak Azmi Saat dalam keadaan kritikal

Lebih kurang sejam yang lepas, Azmi telah membuat hantaran di laman Instagramnya memaparkan keadaan terkini anaknya yang dilihat sangat kritikal.

Alat bantuan pernafasan sudah dicabut. Kami sedang riba Afnan buat beberapa minit sehingga nafasnya yang terakhir.

Menurut pengurusnya, Shahz Rahman (Syah), Azmi ketika ini berada di hospital untuk menguruskan anaknya yang mengalami masalah kesihatan.

Saya sendiri belum dalam menghubungi Azmi hari ini kerana panggilan telefon tidak dijawab. Bagaimanapun Azmi ada menghantar pesanan mesej malam tadi memaklumkan keadaan kesihatan anaknya.

Ujar Azmi, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu. Doktor syak otak Afnan tidak berfungsi sebab dia tak bergerak

Tambahnya lagi, jika anaknya masih tidak bergerak sehingga esok, doktor bercadang untuk melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi tersebut.

Khairul Afnan disahkan meninggal dunia

Bagaimanapun, keadaan kritkal yang melanda anak penyanyi itu akhirnya menemui titik noktah selepas Khairul Afnan disahkan meninggal dunia.

Perkara itu dikongsikan oleh Azmi sendiri di laman Instagramnya yang menceritakan berita hiba tentang pemergian anak sulungnya itu.

Allah lebih menyanginya.. Afnan tunggu kami di syurga ya.

Menerusi ruangan komen hantaran itu, rata-rata netizen turut hiba akan berita yang disampaikan selain mendoakan agar Azmi dan isterinya terus kuat menghadapi dugaan tersebut.

Dalam kesempatan ini, kami dari pihak Oh! Media ingin mengucapkan takziah kepada Azmi Saat serta isterinya dan berharap mereka berdua tabah menghadapai ujian ini. Amin.

Kredit: Instagram Azmi Saat I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas