Connect with us

Oh! Media

Timbul Khabar Fizo Omar Bakal Nikah 21 Oktober Ini, Mawar Doakan Yang Terbaik

66952a6d c9d8 46b7 a199 27c634ffe0dc

Oh! Artis

Timbul Khabar Fizo Omar Bakal Nikah 21 Oktober Ini, Mawar Doakan Yang Terbaik

Terdapat desas-desus yang timbul mengatakan pelakon, Fizo Omar bakal berkahwin pada 21 Oktober ini, betul ke?

BACA : “Saya Dan Mawar Masih Berkawan…” – Fizo Omar

Menurut laporan Harian Metro, Fizo Omar kini berkawan dengan seseorang serta serius dalam perhubungan itu dan perkara ini dikatakan sendiri oleh bekas isterinya, Mawar Karim.

IKLAN

Dia memang ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila. Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang.

Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya.

Sekiranya apa yang diperkatakan itu benar, Mawar mengatakan yang dia akan mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu. Mawar juga berharap agar Fizo dapat belajar dari kesilapan dan matang dari segi keputusan.

Untuk memastikan perkara ini, pihak Harian Metro telah cuba untuk menghubungi Fizo Omar sendiri menerusi panggilan dan mesej di Whatsapp tetapi tidak dijawabnya.

Untuk pengetahuan, Fizo dan Mawar telah bercerai talak satu pada 10 Julai 2019 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia 4 tahun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas