Connect with us

Oh! Media

Saharul Ridzwan Mohon Maaf Terpaksa Jual Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Isteri

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Saharul Ridzwan Mohon Maaf Terpaksa Jual Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Isteri

Pelakon dan usahawan terkenal, Saharul Ridzwan mencuri perhatian peminat apabila memohon maaf secara terbuka kepada isterinya kerana terpaksa menjual kereta hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Saharul meluahkan rasa sedih dan memohon maaf kepada isterinya, Deena Emir atas keputusan untuk menjual kereta jenis Honda Jazz yang dibelinya pada tahun 2020.

Sayang, saya minta maaf, hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang saya belikan pada tahun 2020 terpaksa dijual. Ada rezeki insya-Allah, nanti saya belikan hadiah lain.- Tulisnya.

Kereta berwarna putih itu merupakan simbol cinta pasangan ini yang menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka empat tahun lalu.

IKLAN

Dibeli orang Kelantan, Saharul ucap syukur…

Img 5599

Aktor berusia 36 tahun itu turut memaklumkan bahawa kereta tersebut kini telah pun dibeli oleh seorang individu dari Kelantan dan urusan pemindahan nama sedang dilakukan.

Alhamdulillah, sold out. Orang Kelantan beli. Sekarang proses untuk menukar nama pemilik kereta. Semoga Allah permudahkan.- Katanya.

Ini bukan kali pertama Saharul menjual aset peribadi. Tahun lalu, dia dilaporkan menjual kereta mewah Mercedes Benz serta kondominium di Cyberjaya. Ramai peminat menganggap tindakan ini sebagai langkah bijak untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Img 5601

Untuk rekod, Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5, dan Khadijah Alkubra, 2.

Pssttt! Kadang-kadang, pengorbanan kecil dalam rumah tangga perlu dilakukan demi masa depan yang lebih stabil. Harta boleh dicari, tetapi kejujuran dan ketulusan untuk menjaga hati pasangan itu yang paling mahal nilainya. Semoga Saharul dan Deena terus bahagia dan dimurahkan rezeki.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas