Connect with us

Oh! Media

influencer

Oh! Artis

“Rupanya Mak Mak Orang” – Influencer Bod*hkan Perempuan Komen Gatal Masa Live Dengan Orang Palestin

Sehingga kini, lebih 8,000 rakyat Palestin syahid apabila rejim zionis Israel terus bertindak kejam dengan menyerang orang awam.

Bangunan dan rumah-rumah diletupkan menyebabkan warga emas, kanak-kanak dan bayi turut menjadi mangsa.

IKLAN

BACA: “Tak Ambil Tahu Isu Palestin, Hukumnya Berdosa”- Ini Penjelasan Ustaz Adnin

Namun, ada juga yang tidak menjaga sensitiviti apabila meninggalkan komen menggeletis di sesi langsung pempengaruh media sosial, Hazeman Huzir dengan seorang rakyat Palestin.

Influencer yang juga merupakan pengacara itu terpaksa menahan malu membaca bahagian komen para wanita yang terpesona dengan wajah kacak Yusof.

Hazeman atau lebih mesra disapa Haze sempat sound penonton agar lebih sensitif dan tidak meninggalkan komen bukan-bukan.

Bodoh mana yang aku tengah live tadi dia tulis komen, “Eh handsome la Yusof ni”. Mende korang ni? Aku berborak benda yang serius tau. Eh bodoh, rumah dia baru kena bom tau!

Katanya, tindakan itu secara tak langsung telah mencemarkan nama Malaysia di mata orang Palestin yang sedang berhadapan dengan saat genting.

Di ruangan komen, netizen menjelaskan Yusof memahami bahasa Melayu kerana sudah tinggal di Malaysia hampir 8 tahun.

Padanlah kena sound dengan Haze, gatal tak kena tempat!

Kredit: Instagram @hazemanhuzir

+ Baca repon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas