Connect with us

Oh! Media

palestin

Oh! Islam

“Tak Ambil Tahu Isu Palestin, Hukumnya Berdosa”- Ini Penjelasan Ustaz Adnin

Sehingga ke hari ini, keganasan yang berterusan menimpa rakyat di negara Palestin masih lagi dizalimi oleh tentera rejim Zionis Israel.

Tambahan, seluruh dunia dan di media sosial sedang berusaha menegakkan keadilan dengan #FreePalestin buat rakyat Palestin yang diserang tentera Israel.

IKLAN

Disebabkan itu, seorang pendakwah bebas yang juga merupakan penulis novel, Ustaz Adnin Roslan berkata umat Islam perlu mengambil tahu tentang peristiwa yang terjadi di Palestin. Bukan sekadar isu kemanusian tetapi juga akidah sebagai umat Islam.

Sahabat sekalian hukumnya berdosa sebab isu Palestin ni bukan sekadar isu kemanusiaan tapi ini adalah isu akidah.

Pertamanya kalau kita tidak mengambil tahu isu Palestin ni Nabi Muhammad S.A.W tak mengaku umat.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda siapa yang tak ambil tahu tentang urusan umat Islam maka dia bukan di kalangan mereka. Makna kalau kita tak ambil tahu tentang saudara kita di kalangan Palestin kita bukanlah dari umat Islam.

Ustaz Adnin Roslan yang menjawab persoalan itu ketika ditanya oleh salah seorang pengikutnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, pengikutnya bertanyakan soalan adakah berdosa sekiranya diri tidak mengambil tahu tentang situasi di Palestin.

Malah, Ustaz Adnin turut berkata sikap cakna terhadap apa yang berlaku kepada saudara seislam di Palestine merupakan satu tanda keimanan seseorang individu.

Yang kedua Nabi Muhammad S.A.W memberitahu, umat Islam umpama satu jasad, kalau sakit sebahagian maka akan sakitlah seluruh jasad.

Kalau kita mengaku beriman tapi langsung tak rasa apa-apapun bila lihat umat Islam di sana diseksa dihina maksudnya selama ini keimanan kita hanyalah palsu.

Pengusiran rakyat Palestin daripada ruma mereka di Timur Baitulmuqaddis dan provokasi tentera Israel di Masid Al-Aqsa minggu lalu memaksa campur tangan Hamas dan angkatan kanannya Bridged Al-Qasam.

BACA: Tak Bersuara Isu Palestin, Alasan Influencer Ini Buat Netizen Marah

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai seorang influencer yang dikecam netizen gara-gara tidak menggunakan pengaruh yang ada menyebarkan kesedaran mengenai pergolakan Palestin.

Kredit: Twitter Adnin Roslan

+ Baca repon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • palestin
  • palestin

Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas