Connect with us

Oh! Media

Ruhainies Mengaku Fobia Nak Kahwin, Pilih Lelaki Bertanggungjawab Dari Kaya

Ruhainies ohmedia

Oh! Artis

Ruhainies Mengaku Fobia Nak Kahwin, Pilih Lelaki Bertanggungjawab Dari Kaya

Nama pelakon jelita, Ruhainies hangat diperkatakan di media sosial apabila dia ditangkap khalwat dengan suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz.

BACAAliff Aziz Liat Sampai 3 Jam Nak Buka Pintu Lepas Kantoi Berkhalwat Dengan Ruhainies?

Alif Aziz Ruhainies

Terbaru! Menurut laporan xtra, tular satu video menunjukkan Ruhainies sebelum ini mengaku dia fobia untuk mendirikan rumah tangga selepas pelbagai isu pergolakan rumah tangga terjadi pada orang sekelilingnya.

IKLAN

Pelakon jelita ini juga tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin hanya disebabkan orang sekelilingnya ramai yang telah mendirikan rumah tangga dan dia sendiri tahu apa yang diinginkan daripada seorang lelaki, itulah yang penting.

Saya tak boleh ikut orang. I know what I want in a guy. Saya tak nak terburu-buru untuk mendirikan tangga. Lagipun kita tahu apa yang berlaku di sekeliling kita.

Sebenarnya sedikit sebanyak saya rasa trauma, fobia nak kahwin. Sebab sudah tentu masa kahwin semuanya bahagia, indah.

Tapi betul ke apa yang ditonjolkan kat dalam media sosial. Itu yang saya rasa takut sangat tu. Sejujurnya, saya gembira dengan diri saya sekarang, pencapaian saya, keluarga. Jadi, saya tidak tergesa-gesa nak kahwin tapi saya minta, harap semua doakan yang terbaik untuk saya.

Bukan tu jer, Ruhainies juga memberitahu yang dia mencari lelaki yang bertanggungjawab dan bukannya yang kaya.

Saya tidak mencari lelaki yang kaya. Bagi saya, saya mencari seseorang yang bertanggaungjawab.

Untuk cari lelaki yang bertanggungjawab ini bukan sesuatu yang mudah. Sebab nak kata ada rupa, ramai orang dekat dalam dunia ini ada rupa, ramai orang dalam dunia ini yang kaya.

Tapi yang bertanggungjawab itu yang susah nak cari. Sebab itu, untuk saya, perlu berkawan dengan dia lama dulu baru saya betul-betul boleh kahwin.

Kredit: xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas