
Oh! Artis
“RM40,000 Untuk Pantri?” – Netizen Impikan Boss Macam Christy Ng
Christy Ng belanja RM40,000 untuk restock pantri pejabat demi keselesaan staf.
Usahawan terkenal Christy Ng sekali lagi jadi perhatian netizen selepas mendedahkan kos ‘restock’ pantri pejabatnya mencecah sekitar RM40,000.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, boleh dilihat pantri tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.
Dari buah hingga coklat, sampailah ke sabun badan…

Bukan setakat makanan ringan macam keropok, coklat, jelly dan mee segera, Christy siap sediakan barangan mandian seperti sabun badan, hair mist dan tuala wanita.
Memang lengkap habis weh! Nasib la boss kami dekat Oh! Media pun macam ni, hehe…
Christy dah restock pantry sebab nak make sure staf Christy tak mengular dah.
Perkongsian ini buat ramai kagum dengan cara Christy hargai stafnya. Bila keperluan asas dipenuhi, suasana kerja pun jadi lebih selesa dan harmoni.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Christy dan mengimpikan majikan yang turut mementingkan kebajikan pekerja seperti beliau.
Pssttt! Bukan semua majikan sanggup berbelanja besar demi keselesaan staf. Tapi tindakan Christy Ng ni memang patut dijadikan contoh. Bila staf dijaga macam keluarga, hasil kerja pun akan datang dengan ikhlas. Moga lebih ramai bos kat Malaysia buka mata dan ikut langkah positif ni.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
