Oh! Artis
Rita Rudaini ‘Sound’ Netizen Kerana Suruh Hantar Rayyan Ke Hospital Kerajaan
Sebelum ini Ohmedia ada berkongsi tentang luahan pelakon Rita Rudaini apabila terpaksa menanggung kos rawatan anaknya, Rayyan di hospital selepas mengalami patah tangan.
BACA: “Insurans Tu Rupanya Dah Lapsed Hampir 13 Tahun Sebab Pembayarnya Stop Bayar” – Rita Rudaini
Rita memaklumkan Rayyan tidak menggunakan perlindungan insuran kerana polisi sudah tamat hampir 13 tahun di mana pembayar berhenti bayar dan tidak mahu memberi kerjasama untuk menutup akaun itu walaupun hanya perlukan tandatangan.
Ini menyukarkan pihak Rita untuk mengambil perlindungan insuran yang baharu untuk Rayyan.

Terbaru seorang netizen ada meninggalkan komen berhubung perkara yang dikongsi pelakon itu lalu menyuruhnya hantar Rayyan ke hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan.
Komen itu mendapat perhatian Rita yang seakan berang dengan cadangan yang dinyatakan itu.

Kesimpulannya, biar lah pelakon itu hantar anaknya ke mana-mana sekalipun untuk dapatkan rawatan. Beliau tahu apa yang terbaik kerana berbelas tahun membesarkan dua anak secara bersendirian.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM