Oh! Artis
Ameera Khan Minta Netizen Berhenti Kecam Jefri Nichol
Pempengaruh Ameera Khan akhirnya bersuara isu berkaitan pelakon Indonesia, Jefri Nicol selepas dikecam netizen baru-baru ini.
Menerusi live di Instagram miliknya, Ameera menasihati netizen supaya tidak mengecam aktor Indonesia itu walaupun pernah membuat kenyataan pernah meniduri 20 orang wanita.
Jefri seorang yang penyayang

Dia baik dan kami dah lama kenal dan berkawan.. Kalau sesiapa yang pernah jumpa dia, mereka akan tahu dia lelaki yang penyayang dan sangat-sangat baik.
Kita nak yang terbaik untuk dia, jadi jangan menilai. Saya kenal dia, saya tahu dia baik
Semua orang ada perjalanan masing-masing. Mungkin pengakhiran orang itu akan lebih baik daripada kita, benda tu kita tak tahu.
Adik kepada selebriti Neelofa itu juga minta orang ramai supaya tidak terlalu kejam dengan menilai seseorang itu dekat media sosial.
Kita menilai tetapi sebaliknya dia berbeza dengan apa yang orang nampak di media sosial.
#OhmediaNasihat
Harap Ameera tidak terasa hati dengan apa yang dikatakan oleh netizen. Mulut orang kita tak boleh tutup. Jadi teruskan buat perkara yang terbaik untuk diri sendiri.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: OH MY MEDIA
